Ayam Penyet
Bahan-Bahan
Rebusan Ayam
- Ayam-1 ekor kecil
- Bawang merah-4 biji
- Bawang putih-2 biji
- Halia-1 inci
- Kunyit hidup 1 inci
- Lengkuas-1 inci
- Serai-2 batang (diketuk)
- Daun salam -3 helai
- Garam
- Kiub pati ayam
Bancuhan tepung
- Tepung beras-1 cawan
- Serbuk kunyit-1 sudu kecil
- Garam
- Air rebusan ayam
- Telur-1 biji
Cara-Cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit
2. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam hingga wangi
3. Masukkan ayam dan tuang air hingga tengelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam
5. Biar hingga ayam empuk.
6. Angkat dan tos air hingga kering
7. Satukan semua bahan bancuhan tepung.
8. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung.
9. Goreng ayam hingga kekuningan dan diangkat.
10. Ambil lesung batu dan penyekkan ayam sebelum dihidang.
Sambal Ayam Penyet
Bahan-bahan
• Ikan bilis-1 genggam• Bawang merah-5 biji
• Cili padi-5 biji
• Lada besar-1 biji
• Tomato-1/2 bij
• Belacan bakar-1 inci
• Gula
• Garam
• Jus limau
Cara-cara
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.2. Goreng bawang merah, cili padi, lada besar, belacan dan tomato sehingga layu.
3. Masukkan semua bahan gorengan beserta minyaknya ke dalam pengisar.
4. Kisar kasar sekejap sahaja.
5. Tuang semula bahan gorengan ke dalam kuali
6. Masukkan gula, garam dan jus limau.
7. Masak sampai pecah minyak.