Rabu, 13 Mei 2020

Ayam Penyet & Sambal Ayam Penyet



Ayam Penyet

Bahan-Bahan

Rebusan Ayam


  • Ayam-1 ekor kecil
  • Bawang merah-4 biji
  • Bawang putih-2 biji
  • Halia-1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Lengkuas-1 inci
  • Serai-2 batang (diketuk)
  • Daun salam -3 helai
  • Garam
  • Kiub pati ayam

Bancuhan tepung


  • Tepung beras-1 cawan
  • Serbuk kunyit-1 sudu kecil
  • Garam
  • Air rebusan ayam
  • Telur-1 biji

Cara-Cara


1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit
2. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam hingga wangi
3. Masukkan ayam dan tuang air hingga tengelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam
5. Biar hingga ayam empuk.
6. Angkat dan tos air hingga kering
7. Satukan semua bahan bancuhan tepung.
8. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung.
9. Goreng ayam hingga kekuningan dan diangkat.
10. Ambil lesung batu dan penyekkan ayam sebelum dihidang.


Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan

Ikan bilis-1 genggam
Bawang merah-5 biji
Cili padi-5 biji
Lada besar-1 biji
Tomato-1/2 bij
Belacan bakar-1 inci
Gula
Garam
Jus limau

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Goreng bawang merah, cili padi, lada besar, belacan dan tomato sehingga layu.
3. Masukkan semua bahan gorengan beserta minyaknya ke dalam pengisar. 
4. Kisar kasar sekejap sahaja.
5. Tuang semula bahan gorengan ke dalam kuali
6. Masukkan gula, garam dan jus limau. 
7. Masak sampai pecah minyak.





Khamis, 16 Februari 2017

Sayur Pucuk Masak Lemak Putih

Bahan-bahan

Sayur pucuk     -1 genggam potong kecil
Suhun              - 1 genggam
Bawang merah - 3 ulas
Lada besar      - 1 ulas
Ikan bilis          -10 ekor
Santan             -1 cawan
Garam
Perasa

Cara-cara

1. Rendam sayur pucuk dan suhun secara berasingan hingga kembang.
2. Masukkan sayur pucuk, bawang merah lada besar, ikan bilis dan sedikit air dalam periuk.
3. Rebus sehingga menggelegak
4. Setelah menggelegak, masukkan santan, garam dan perasa.
5. Kacau seketika hingga sebati dan tutup api.

Kobis masak lemak putih

Bahan-bahan

Kobis
Bawang merah 3 ulas  -hiris
Lada besar 1 ulas - hiris
Ikan bilis 10 ekor
Santan
Air
Garam
Perasa

Cara-cara

1. Masukkan kobis, bawang merah, ikan bilis dan lada besar dalam periuk.
2. Masukkan air separas kobis.
3. Rebus sehingga menggelegak dan kobis empuk.
4. Setelah menggelegak, masukkan santan, garam dan perasa
5. Kacau seketika hingga kuah sebati dan tutup api.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan

Puding

Roti               - 6 keping
Susu cair     - 1 tin
Esen vanila - 2 sudu
Telur             - 4 biji
Gula              - 1 cawan (1/2 utk gula hangus, 1/2 utk puding)
Butter            - 1 sudu
Kismis dan buah-buahan

Sos Kastard

Susu cair       - 1 tin
Gula                - 2 sudu besar
Tepung Kastard - 2 sudu

Cara-caranya

Puding

1. Letakkan gula (utk gula hangus) dalam talam. Panaskan di atas api kecil sehingga cair.
2. Setelah cair, tutup api dan biar ia sejuk.
3. Sementara itu pukul telur, gula dan esen vanilla di dalam mangkuk lain. Pukul hingga sekata.
4. Masukkan susu cair. Pukul rata.
5. Sapu butter pada roti.
6. Potong roti kecil2 dan tabur dalam talam tadi.
7. Kukus dengan api sederhana selama 20-25 minit. Setelah puding naik, sejukkan di dalam peti sebelum hidang.

Sos Kastard

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Panaskan di atas api kecil sambil kacau.
3. Setelah kuah pekat,boleh tutup api dan sejukkan.

Rabu, 5 Februari 2014

Daging Masak Kicap Black Pepper

Bahan-Bahan

Kulit Kayu Manis         2 inc
Bunga Lawang             1 kuntum
Bawang Putih               3 ulas    (diketuk)
Halia                            1 inc    (diketuk)
Bawang Besar              1 ulas    (hiris bulat)
Lada Besar                   1 ulas    (hiris)
Kentang                       1 biji    (potong dadu)
Sos Tiram                     1 sudu
Sos Cili                         1 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam       1.5 sudu
Air asam                       1 cawan
Kicap Manis dan Masin
Daging
Perasa

Cara-caranya

1.  Rebus daging terlebih dahulu bersama sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
2.  Kentang digoreng terlebih dahulu.
3.  Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
4.  Masukkan bawang putih dan halia yg telah diketuk.
5.  Masukkan hirisan bawang besar dan lada besar
6.  Setelah naik bau, masukkan daging yang telah direbus.
7.  Masukkan air asam, sos cili dan sos tiram.
8.  Masukkan air rebusan daging tadi dan biarkan seketika sehingga daging empuk.
9.  Gunakan kicap manis dan kicap masin bagi menstabilkan rasa manis dan masin.
10. Kecilkan api dan tutup kuali bagi mendapatkan kuah yang pekat.
11. Setelah kuah mulai pekat, masukkan kentang dan sedikit perasa.
12. Setelaah sebati, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Kari Ikan Bawal

Bahan- bahan

Ikan Bawal               2 ekor saiz sederhana
Daun kari                  3 tangkai
Bawang besar           1 biji     (hiris memanjang)
Bawang putih            3 ulas    (ditumbuk)
Bawang merah          5 biji    (ditumbuk)
Halia                         1 inch    (ditumbuk)
Rempah kari ikan      1 peket 15g-30g
Halba campur           1 sudu kecil
Serbuk jintan manis   1 sudu kecil
Serbuk jintan putih     1 sudu kecil
Serbuk cili                 1 sudu kecil
Santan                       1 mangkuk           
Garam           
Minyak

Cara-Caranya

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang besar dan daun kari sehingga kekuningan.
3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yg telah ditumbuk sehingga wangi.
4. Masukkan halba dan garam.
5. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
6. Setelah naik bau, masukkan air dan biarkan ia mendidih.
7. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan sehingga ia empuk.
8. Masukkan santan. Perlahankan api dan kacau perlahan.
9. Setelah sebati dan pecah minyak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Air Asam

Apa itu air asam jawa? Mudah jer..

Mula-mula ambil asam jawa..



Ambil pula air putih



Masukkan ke dalam 1 mangkuk.. Lebih kurang besar ney lah.. Besar mangkuk sup jer..





Gaulkn.. Jadilah air asam.. hehehe.. senang jer kan!




Bagi memasak ayam, hanya sedikit sahaja amaun asam jawa bg secawan air. Lebih kurang stgh genggam la..
Bg ikan dan mknn laut lain pula , segenggam asam jawa diperlukan bg secawan air..
Tp bagi ikan-ikan yang terlalu hanyir seperti ikan sardin lebihkan sedikit asamnya bagi membuang hanyirnya.. That's all!!

Ape Itu Rempah Ketumbar?

Rempah Ketumbar Rombau!

Dalam resepi2 saya ada diletakkan nama "rempah ketumbar". Tahukah anda apakah rempah ketubar ney sbnrnya?? Bagi mereka yang tidak mengetahui moh blaja cara buatnyer.

Ambil 6 sudu ketumbar.

Ambil 2 sudu lada hitam.

Basuh bahan tersebut.

Masukkan dalam kuali. (jangan letak minyak) 

Panaskan atas api. Api sederhana sahaja.

Kacau sehingga bahan tersebut gemersik dan harum baunya.

Setelah itu, kisar kering bahan-bahan tersebut secara beransur.


Kisar hingga hancur.

Siap dan boleh disimpan di dalam balang.

Isnin, 6 Jun 2011

Kerabu Sotong

Bahan-bahan

Sotong  5 ekor    

Garam secukup rasa

Bawang merah  3 ulas

Kacang Panjang  6 batang

Cili Api 6 ulas

Cara-cara

1. Rebus sotong dengan air garam sehingga empuk.
2. Setelah sotong empuk, tapis airnya dan ambil sotongnya. Air rebusan sotong jangan dibuang.
3. Hiris halus bawang, cili api dan kacang panjang.
4. Potong cincin sotong tersebut.
5. Gaulkan sotong tersebut bersama bawang, kacang panjang dan cili api tadi.
6. Letakkan sedikit garam, dan juga air rebusan sotong tadi dalam campuran tadi.
7. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 22 Ogos 2010

Kek Coklat Power

Bahan A

Koko 2 cawan
Tepung Gandum 2 cawan
Soda Bikarbonat 2 sudu teh
Baking Powder 2 sudu teh

Bahan B

Butter 1 buku
Gula 2 cawan
Susu cair 2 cawan
Susu pekat 2 cawan

Bahan C
Telor gred A 6 biji
Esen Vanilla 2 sudu teh

Bahan D (Topping)

Susu pekat setengah cawan
Minyak bersih suku cawan
Koko suku cawan


Cara-caranya


1. Campurkan dan ayak bahan A.
2. Larutkan bahan B di atas api, tetapi jangan sampai mendidih.
3. Campurkan dan pukul bahan C.
4. Setelah larut bahan B tadi campurkan dengan bahan A.
5. Kaup balik campuran tersebut.
6. Kemudian campurkan pula bahan C.
7. Masukkan di dalam talam atau bekas muffin.
8. Kukus selama 1 jam.
9. Sementara itu untuk bahan D, gaulkan dahulu susu pekat dan minyak. Kemudian barulah campurkan koko.
10. Setelah kek siap, sapu bahan D yang telah digaul tadi di atas kek.
11. Siap untuk dihidang!

Kuah Kari Roti Jala

Bahan-bahan

Kentang 3 biji *Potong dadu
Pati santan 1 mangkuk
Santan 1 mangkuk
Rempah Kari Daging dan Ikan 1 peket
Rempah Ketumbar 1 sudu *lihat page "ape itu rempah ketumbar"
Bawang putih 3 ulas *Dihiris
Bawang merah 3 ulas *Dihiris
Lada kering mesin 1 senduk
Kunyit Serbuk 1 sudu
Garam secukup rasa
Aji No Moto secukup rasa
Ayam 1 mangkuk *Potong dadu


Cara-caranya

1. Panaskan minyak
2. Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah
3. Tumis hingga naik bau.
4. Gaulkan kunyit,lada kering mesin, kunyit serbuk, garam, Aji no moto dan sedikit pati santan di dalam piring.
5. Setelah itu, masukkannya di dalam kuali.
6. Tumis hingga naik bau.
7. Masukkan ayam dan pati santan.
8. Biarkan seketika hingga ayam empuk.
9. Apabila ayam hampir empuk, masukkan kentang.
10. Tunggu sehingga masak.

Roti Jalo Rombau

Bahan-bahan

Tepung 5 senduk
Minyak 1 sudu
Telur 1 biji
Air secukupnya
Pewarna Kuning 1 sudu teh.

Cara-cara

1. Masukkan air, tepung, telur, minyak dan pewarna kuning di dalam pengisar. pastikan amaun air hampir sama dengan amaun tepung
2. Kisar sehingga cair. Tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair.
3. Jalakan di atas kuali.