Ahad, 22 Ogos 2010

Kek Coklat Power

Bahan A

Koko 2 cawan
Tepung Gandum 2 cawan
Soda Bikarbonat 2 sudu teh
Baking Powder 2 sudu teh

Bahan B

Butter 1 buku
Gula 2 cawan
Susu cair 2 cawan
Susu pekat 2 cawan

Bahan C
Telor gred A 6 biji
Esen Vanilla 2 sudu teh

Bahan D (Topping)

Susu pekat setengah cawan
Minyak bersih suku cawan
Koko suku cawan


Cara-caranya


1. Campurkan dan ayak bahan A.
2. Larutkan bahan B di atas api, tetapi jangan sampai mendidih.
3. Campurkan dan pukul bahan C.
4. Setelah larut bahan B tadi campurkan dengan bahan A.
5. Kaup balik campuran tersebut.
6. Kemudian campurkan pula bahan C.
7. Masukkan di dalam talam atau bekas muffin.
8. Kukus selama 1 jam.
9. Sementara itu untuk bahan D, gaulkan dahulu susu pekat dan minyak. Kemudian barulah campurkan koko.
10. Setelah kek siap, sapu bahan D yang telah digaul tadi di atas kek.
11. Siap untuk dihidang!

Kuah Kari Roti Jala

Bahan-bahan

Kentang 3 biji *Potong dadu
Pati santan 1 mangkuk
Santan 1 mangkuk
Rempah Kari Daging dan Ikan 1 peket
Rempah Ketumbar 1 sudu *lihat page "ape itu rempah ketumbar"
Bawang putih 3 ulas *Dihiris
Bawang merah 3 ulas *Dihiris
Lada kering mesin 1 senduk
Kunyit Serbuk 1 sudu
Garam secukup rasa
Aji No Moto secukup rasa
Ayam 1 mangkuk *Potong dadu


Cara-caranya

1. Panaskan minyak
2. Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah
3. Tumis hingga naik bau.
4. Gaulkan kunyit,lada kering mesin, kunyit serbuk, garam, Aji no moto dan sedikit pati santan di dalam piring.
5. Setelah itu, masukkannya di dalam kuali.
6. Tumis hingga naik bau.
7. Masukkan ayam dan pati santan.
8. Biarkan seketika hingga ayam empuk.
9. Apabila ayam hampir empuk, masukkan kentang.
10. Tunggu sehingga masak.

Roti Jalo Rombau

Bahan-bahan

Tepung 5 senduk
Minyak 1 sudu
Telur 1 biji
Air secukupnya
Pewarna Kuning 1 sudu teh.

Cara-cara

1. Masukkan air, tepung, telur, minyak dan pewarna kuning di dalam pengisar. pastikan amaun air hampir sama dengan amaun tepung
2. Kisar sehingga cair. Tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair.
3. Jalakan di atas kuali.

Ahad, 27 Jun 2010

Sup Ayam

Bawang Putih 5 ulas
Bawang merah 5 ulas
Lada Hitam 1 1/2 sudu
Halia Sebesar ibu jari kaki
Bunga lawang 1
Bunga Cengkih 3
Buah Pelaga 2
Ayam
Air
Garam Secukup rasa
Aji No Moto Secukup rasa
Sup bunjut 1

Cara-cara

1. Tumbuk bawng putih,bawang merah, halia dan lada hitam hingga lumat.
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
3. Masukkan garam dan aji no motto.
4. Masukkan ayam sup bunjut, dan secawan air.
5. Biarkan seketika sehingga ayam empuk.
6. Setelah ayam empuk, masukkan air.
7. Masukkan perencah sup Adabi.
8. Biarkan seketika.
9. Setelah beberapa minit tutup api dan sedia untuk dihidang.

Ahad, 20 Jun 2010

Ayam Masak Asam

Bahan-bahan

bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
lada hitam 1 sudu
kunyit hidup sepotong
lada mesin 2 senduk
serai 5 btg
garam
air asam 1 mangkuk
air 2 1/2 cawan

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang merah,bawang putih, kunyit dan lada hitam.
2. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan serai yang telah dititik dan lada mesin. Tumis.
5. Masukkan ayam dan air asam.
6. Tunggu sehingga ayam empuk.
7. Sesudah empuk, masukkan air dan biar hingga menggelegak.
8. Setelah siap, tutup api dan sedia dihidang.

Sabtu, 15 Mei 2010

Bubur Sum Sum

Bahan-bahan

Bahan A

Santan 1 biji
Garam
Tepung Beras 1/2 kilo

Bahan B

Gula Merah
Air
Daun Pandan

Cara-caranya

1. Campurkan bahan A ke dalam sebuah kuali.
2. Kacau sehingga pekat. (mcm kacau dodol)
3. Campurkan bahan B dalam 1 periuk.
4. Rebus atas api sehingga larut.
5. Setelah kedua-dua masak, campurkan bahan A dan bahan B.
6. Bubur boleh dimakan!

Ahad, 9 Mei 2010

Nasi Goreng Power!

Bahan-bahan

Cili Api ~7 ulas~
Bawang Merah ~4 biji~
Bawang Putih ~2 biji~
Ikan bilis ~Segemgam~
Ayam
Daging
Sayur
Telur
Garam
Aji no moto
Nasi ~1 mangkuk nasi~

Cara-caranya

1. Potong ayam, daging secara dadu
2. Tumbuk cili api(3 ulas), bawang merah, bawang putih dan ikan bilis(5-6 ulas).
3. Goreng lebihan ikan bilis dan telur dadar.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
5. Masukkan garam, Aji no Moto dan 4 ulas cili api yang telah dihiris.
6. Tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya.
7. Masukkan ayam dan daging. Tunggu hingga bahan tersebut empuk.
8. Masukkan sayur.
9. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
10.Setelah sebati, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
11.Tunggu seketika hingga nasi garing(nampak kering).
12.Setelah siap, hiris telur dadar yang digoreng tadi dan taburkan atas nasi.
13.Siap untuk dihidang!

Jumaat, 7 Mei 2010

Gulai Ikan Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya

Cili api ~1 genggam~
Kunyit hidup ~sebesar ibu jari~
Asam keping ~1 keping~
Santan pekat(1 biji kelapa) ~1 mangkuk~
Garam ~secukup rasa~
Ikan ~5 ekor~

Cara-caranya..

1. Cili api + kunyit ditumbuk bersama.
2. Masokkan ikan ke dalam periuk.
3. Masokkan cili api yang telah ditumbuk tadi.
4. Masokkan air separas ikan.
5. Letakkan asam dan garam.
6. Biarkan mendidih sebentar supaya ikan tersebut sebati bersama bahan tadi.
7. Setelah mendidih, masokkan santan pekat tadi.
8. Biarkan gulai mendidih.
9. Setelah beberapa minit ia mendidih, kecilkan api supaya gulai menjadi pekat.
10.Padamkan api setelah gulai kelihatan pekat.
11.Sedia untuk dihidangkan..




*Kalau ikan tersebut ikan sungai, anda digalakkan menggunakan asam limau.

Ayam goreng ala2 kfc versi melayu(Angah jgak pnyer)

Bahan-bahan

Ketumbar ~1 sudu~
Jintan manis ~1 sudu~
Tepung ~secukupnya~
Serbuk kunyit
Garam halus.

Cara-cara

1. Tumbuk ketumbar & jintan manis sampai lumat.
2. Gaul bahan tumbuk tadi dengan tepung,serbuk kunyit & garam.
3. Salutkan ayam dengan tepung tadi.
4. Goreng.

Asam Pedas (Angah bagi lagi)

Bahan-bahan

Bawang besar ~1 biji~
Bawang putih ~2 biji~
Halia ~sebesar 1/2 ibu jari~
Kunyit hidup ~sebesar 1/2 ibu jari~
Cili kering ~1 mangkuk sederhana (direndam)~
Daun kesum ~4-5 batang~
Garam
Air asam jawa
Ikan segar
Bendi
Air ~3 cawan~
Ikan

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit & cili kering sampai halus.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak.
3. Tumis bahan2 kisar sambil masukkan daun kesum & garam secukup rasa sampai naik bau & rasa.
4. Masukkan air asam jawa & air.
5. Tunggu sampai mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan ikan
7. Biarkan dalam 10 minit.
8. Masukkan kacang bendi 7 minit selepas masukkan ikan.
9. Sedia untuk dihidang setelah 10 minit ikan dimasukkan.

Gulai Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

Ayam ~semangkuk
Serai ~2 batang (dititik)~
Bawang Putih ~4 biji (dihiris)~
Bawang Merah ~4 biji (dihiris)~
Santan ~2 bahagian-pati&kabar~
Halia ~Sebesar ibu jari kaki (dihiris)~
Kunyit serbuk ~Secukup rasa~
Garam Kasar ~Secukup rasa~
Lada api kisar ~Secukup rasa~
Bahan tambahan(belimbing,kentang,etc)

Cara-cara

1. Campurkan bawang putih, bawang merah, ayam, pati santan, serai, halia,kunyit serbuk,garam kasar, dan lada api kisar ke dalam kuali @ periuk.
2. Letak atas api dan tunggu hingga ayam empuk.
3. Setelah ayam empuk masukkan 1 lagi bahagian santan dan bahan tambahan.
4. Kacau sekali sekala dan tunggu sehingga masak.

tips: Gulai dikira masak apabila minyak timbul di permukaan dan warnanya seakan2 berkilat.

Kuah Kari Kicap (Resepi Angah)

Bahan-bahan

Bawang merah ~1 biji~
Bawang putih ~1 biji~
Halia ~Sebesar 1/3 ibu jari~
Gula ~2 sudu besar @ secukup rasa~
Serbuk kari
Air asam jawa
Air ~1 cawan~
Kicap

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih & halia sampai lumat.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi & serbuk kari
4. Kacau sampai naik bau & rasa.
5. Masukkan air asam jawa,air & kicap.
6. Masukkan gula dan tunggu sampai mendidih.
7. Setelah mendidih masukkan ayam/ikan goreng dalam kuah.
8. Siap untuk dihidang.

Masak Kicap

Bahan-bahan

Bawang Besar (hiris bulat)
Lada Besar
Air Asam
Aji no Moto
Kicap
Daging/Ayam/Ikan dll

Cara-cara

1. Msokkan hirisan bwg besar n lada besar
2. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan air asam. Kacau.
4. Masukkan kicap dan aji no moto secukup rasa.
5. Biarkan seketika.
6. Masukkan daging/ikan/ayam dll yg telah digoreng..
7. Gaul n hidangkan.

IKAN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan

Garam
Lada
Bawang Putih
Bawang Merah
Asam Keping
Kunyit
Tempoyak yg da lmer
Cili Api (hiris halus-halus)

Cara-cara

-Rebus ikan bersama bahan2 di atas..

Mee Goreng

Bahan-bahan

bawang putih ~3-4 ulas~
bawang merah ~3-4 ulas~
ikan bilis ~segemgam~
lada mesin
kicap
sos
mee
ayam/daging
sayur
garam
perasa

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
2. Tumis bahan-bahan yg telah ditumbuk td.
3. Masukkan sesenduk lada mesin.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Tumis hingga garing.
6. Masukkan ayam/daging.
7. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika hingga ayam/daging td empuk.
8. Masukkan sayur dan gaul.
9. Masukkan mee.
10.Ratakan perencah dan biar seketika.
11.Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Ikan

Bahan-bahan

Bawang Besar - ptg bulat
Air Asam
Lada Mesin
Garam
Aji No Moto
Ikan

Cara-cara

1. Tumis lada mesin
2. Masukkan bawang besar
3. Masukkan air asam + garam + Aji No Moto
4. Biarkan seketika
5. Masukkan Ikan yang telah digoreng terlebih dahulu
6. Siap

Sambal Sardin

Bahan-bahan

Sardin


Bawang Putih ~2 ulas~

Bawang merah ~3 ulas~


Bawang Besar ~2 ulas~ 
 potong bulat ea!

Cili Api ~Segenggam~
Air Asam

Garam 
 

Aji No Moto


Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih,bawang merah dan cili api.
2. Tumiskan.
3. Masukkan Garam, Aji No Moto dan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Masukkan Air Asam.
5. Biar seketika.
6. Masukkan Sardin.
7. Kacau dan tunggu sehingga masak.
8. Siap!!