Jumaat, 7 Mei 2010

Gulai Ikan Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya

Cili api ~1 genggam~
Kunyit hidup ~sebesar ibu jari~
Asam keping ~1 keping~
Santan pekat(1 biji kelapa) ~1 mangkuk~
Garam ~secukup rasa~
Ikan ~5 ekor~

Cara-caranya..

1. Cili api + kunyit ditumbuk bersama.
2. Masokkan ikan ke dalam periuk.
3. Masokkan cili api yang telah ditumbuk tadi.
4. Masokkan air separas ikan.
5. Letakkan asam dan garam.
6. Biarkan mendidih sebentar supaya ikan tersebut sebati bersama bahan tadi.
7. Setelah mendidih, masokkan santan pekat tadi.
8. Biarkan gulai mendidih.
9. Setelah beberapa minit ia mendidih, kecilkan api supaya gulai menjadi pekat.
10.Padamkan api setelah gulai kelihatan pekat.
11.Sedia untuk dihidangkan..




*Kalau ikan tersebut ikan sungai, anda digalakkan menggunakan asam limau.

Tiada ulasan: