Jumaat, 7 Mei 2010

Asam Pedas (Angah bagi lagi)

Bahan-bahan

Bawang besar ~1 biji~
Bawang putih ~2 biji~
Halia ~sebesar 1/2 ibu jari~
Kunyit hidup ~sebesar 1/2 ibu jari~
Cili kering ~1 mangkuk sederhana (direndam)~
Daun kesum ~4-5 batang~
Garam
Air asam jawa
Ikan segar
Bendi
Air ~3 cawan~
Ikan

Cara-caranya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit & cili kering sampai halus.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak.
3. Tumis bahan2 kisar sambil masukkan daun kesum & garam secukup rasa sampai naik bau & rasa.
4. Masukkan air asam jawa & air.
5. Tunggu sampai mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan ikan
7. Biarkan dalam 10 minit.
8. Masukkan kacang bendi 7 minit selepas masukkan ikan.
9. Sedia untuk dihidang setelah 10 minit ikan dimasukkan.

Tiada ulasan: